PELUANG MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN SEBAGAI PERUNDING HARTANAH

Anda ingin mengubah tahap kewangan ke tahap yang lebih baik?

Anda minat nak buat bisnes tapi takut kecundang sebab tiada pengalaman?

Anda isteri/surirumah yang dah bosan bergantung pada suami & ingin mempunyai pendapatan lumayan sendiri?

Anda bakal pengantin yang sedang mengumpul wang untuk majlis kahwin?

Anda nak kumpul duit beli hartanah idaman dan bercita-cita nak pencen awal dengan pendapatan tetap setiap bulan?

True Vest Property sebuah agensi hartanah 100% Muslim Bumiputera berpusat di Kuala Lumpur mempelawa individu yang berminat untuk menyertai agensi kami sebagai Perunding Hartanah Berdaftar (REN).

Syarat-syarat penyertaan

Muslim Bumiputera.
Tinggal di Lembah Kelang & sekitar Negeri Sembilan sahaja.
Solat 5 Waktu & menutup aurat.
Keutamaan kepada FULL TIME Basis.
Berumur lingkungan 24 tahun - 40 tahun.
Mahir menggunakan komputer dan internet.
Mempunyai kenderaan sendiri.
Kelayakan akademik Minimum SPM.
Sanggup Belajar dan bertindak sehingga berjaya.
Pengalaman tidak diperlukan.
Bekas ahli MLM, direct selling, ejen insuran, ejen unit trust atau internet marketer digalakkan memohon.
Mestilah seorang yang aktif, berdikari, suka berjumpa orang ramai, peramah, jujur, amanah dan suka bantu orang.

Faedah Menjadi Perunding Hartanah (REN):

Menjadi REN berdaftar dengan LPPEH.
Komisyen Yang Lumayan.
Waktu Kerja Fleksibel.
Pendapatan Tiada Had.
Tak Perlu Simpan Stok.
Modal Yang Minimum.
Latihan Intensif Disediakan
Nasihat dan Panduan Penilaian Hartanah oleh In-House Valuer.
Nasihat dan Panduan oleh In-House Lawyer.
Bersama Team & Pengurusan yang Positif & Menyokong Anda.
Ganjaran Anugerah dan Pengiktirafan Bulanan.

CARA MENJADI PERUNDING HARTANAH

Perunding Hartanah @ Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia dikawalselia oleh Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah (LPPEH) di bawah Kementerian Kewangan.

LPPEH telah mewajibkan sesiapa yang ingin memulakan kerjaya sebagai REN untuk menyertai kursus 2 Hari (yang dinamakan Negotiator Certification Course) terlebih dahulu. Kemudian, barulah boleh memohon untuk menjadi REN yang sah di sisi undang-undang.

Langkah-Langkah Untuk Menjadi Perunding Hartanah (REN) di True Vest:

1.  Klik link di bawah [Daftar Sekarang] untuk membuat pendaftaran ejen.
2.  Jika layak, anda akan dipanggil ke sesi temuduga.
3.  Jika temuduga berjaya, anda akan didaftarkan dengan agensi dengan membayar (RM636 untuk NCC dan baki untuk pendaftaran agensi).
4.  Agensi akan uruskan pendaftaran dengan penganjur kursus Negotiator Certification Course (NCC).
5.  Selesai kursus NCC, agensi akan daftarkan nama anda sebagai REN yang sah dengan pihak LPPEH (Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah).
6.  Memulakan kerjaya sebagai REN berdaftar dan ikuti segala latihan anjuran agensi.

Daftar Sekarang